Korang Boleh PING Entry Blog Korang Kat Sini

Thursday, March 1, 2012

Ramai Pelajar Perubatan Di Britain Beralih Menjadi Pelacur... (",)

Salam...

Lebih ramai pelajar perubatan di Britain beralih kepada pelacuran untuk membiayai pengajian mereka di universiti. Seorang daripada 10 bakal doktor mempunyai rakan yang menjual tubuh mereka untuk menangani kos pengajian dan kehidupan yang semakin meningkat. Ia meningkat daripada hanya empat peratus pada 2000 dan enam peratus pada 2006.

Jurnal Pelajar Perubatan Britain bimbang pelajar tertarik kepada kehidupan melacur menerusi rancangan televisyen ITV2 oleh Billie Piper, Secret Diary of a Call Girl, yang mengisahkan mengenai kehidupan glamor dan canggih pelacur kelas atasan.

Pelajar muda tidak mempeduilkan kesan pelacuran ketika mereka bergelut dengan hutang berjumlah antara RM150,000 hingga RM250,000 untuk pengajian lima tahun. Beban itu mungkin meningkat kepada RM350,000 apabila yuran pengajian meningkat.

P/s: Adeiiiii, ni la yang Budak Botak baca kat surat khabar Metro tadi...

Gambar hiasan

Dijemput TWEET @ SHARE @ LIKE @ COPY Jika Bermanfaat

4 Pembaca Dah Tinggalkan Komen:

  1. adekah akibat tension belajar? adekah sebab bayar yuran mhal? ape sebab? tapi hakikatnya, pengaruh media... sayang.. anugerah kepandaian tu, kalau tak dibendung iman, inilah jadinya... akal perlu dipandu iman... itulah hakikat fitrah manusia...

    harap sudi singgah semula... bacekan dan komen kan...http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/02/kian-melayu.html

    Zulkifli Sa'don a.k.a Sam Banjamin
    (Pengasas Gerila Penulisan Kreatif)

    ReplyDelete
  2. rugi nye jauh2 blaja, pandai2, tp xleh beza mne baik mne buruk...huk3

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...