Iklan Berbayar Murah, Untuk Tempahan Mesej -> SINI

TQ kepada 3000++ yang sokong

Monday, March 12, 2012

Adik Nurul Nadirah Ditemui Rentung Di Ladang Kelapa Sawit... (**.)

Polis mengesahkan penemuan serpihan rangka manusia yang rentung di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, Masai, 8 Mac lalu, adalah milik Nurul Nadirah atau panggilan manjanya, Dirang, yang hilang sejak 1 Mac lalu.

Pengesahan itu dibuat selepas pihak Polis menerima hasil keputusan ujian DNA ke atas serpihan rangka manusia yang ditemui dan sampel ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, hari ini.

Nurul Nadhirah yang sebelum ini dilaporkan hilang ketika keluar membeli mi segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi, di kedai runcit di kawasan rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam. Berikutan itu satu pasukan siasatan khas telah ditubuhkan dengan diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Amer Awal dan dibantu pasukan dari Bukit Aman bagi menyelesaikan kes itu.

Kes itu turut mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk pihak swasta dan orang perseorang yang turut sama membantu mencari dengan mengedarkan poster mengenai kehilangan mangsa.

P/s: Kejam sungguh sapa yang buat nie. Al-Fatihah...


Dijemput TWEET @ SHARE @ LIKE @ COPY jika bermanfaat

2 comments:

  1. Al-fatihah... ;'(
    Apa salah budak ni sampai jadi mangsa pembunuhan kejam ni...pada sapa yg kejam buat mcm ni,terima la balasan ALLAH dia akhirat kelak..harap pelaku dapat hukuman setimpal di dunia dan di akhirat!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...