Korang Boleh PING Entry Blog Korang Kat Sini

Friday, February 24, 2012

Nelayan Tangkap Udang Karang Gergasi | Rocky... (",)

Salam...

Seekor udang karang gergasi telah ditangkap di luar perairan pantai Maine dekat Rockland Amerika Syarikat oleh nelayan Robert Malone pada Jumaat lalu tetapi ia tidak akan dimasak untuk dijadikan makanan. Dia kemudian memberikan udang itu kepada Jabatan Sumber Marin untuk dihantar ke Akuarium Negeri Maine.

Pengarah Akuarium Negeri Maine, Aimee Hayden-Rodriques menyatakan udang karang itu sepanjang hampir 101.6 sentimeter dan seberat 12.3 kilogram dan diberi nama Rocky kerana ia ditangkap di kawasan berbatu.

Namun, menurut Hayden-Rodriques, udang karang tersebut perlu diberi nama petinju Rocky kerana penyepitnya yang besar mencukupi untuk memberikan pukulan. Dia berkata, udang karang itu akan dilepaskan ke lautan kerana ia akan menjalani kehidupan yang lebih baik dalam habitat liar. - petikan Agensi

Dijemput TWEET @ SHARE @ LIKE @ COPY Jika Bermanfaat

2 Pembaca Dah Tinggalkan Komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...