Korang Boleh PING Entry Blog Korang Kat Sini

Tuesday, February 28, 2012

Chandra Bahadur Dangi Diiktiraf Lelaki Paling Pendek Di Dunia... (",)

Salam...

Chandra Bahadur Dangi lelaki berusia 72 tahun dari sebuah kampung terpencil di barat daya Nepal diiktiraf semalam sebagai lelaki paling pendek di dunia selepas ketinggiannya diukur oleh beberapa pegawai Guinness World Records.

Dangi setinggi 54.6 sentimeter (sm), 5.3sm lebih pendek daripada pemegang rekod sebelum ini, Junrey Balawing dari Filipina. Dangi yang seberat 12 kilogram juga diisytiharkan sebagai manusia paling pendek pernah direkodkan sekali gus mengambil alih tempat Gul Mohammed yang setinggi 57sm sebelum dia meninggal dunia pada tahun 1997 semasa berumur 40 tahun.

Menurutnya, jika umur Dangi betul, dia akan menjadi individu paling tua yang memiliki rekod dalam sejarah 57 tahun Guinness World Records.

Dia pernah menyatakan sudah terlalu tua untuk berkahwin tetapi masih berminat untuk mengembara ke negara-negara lain. Beberapa pegawai Guinness World Records menyatakan mereka masih belum mengetahui punca yang menyebabkan Dangi menjadi pendek. Dangi pernah menyatakan bahawa dia dijadikan bahan sarkas semasa muda oleh beberapa saudaranya. - Agensi

P/s: Rasanya banyak lagi orang pelik2, tapi duduk di kampung dan cerita mereka tak terdedah kepada umum



Dijemput TWEET @ SHARE @ LIKE @ COPY Jika Bermanfaat

Comments
0 Comments

0 Pembaca Dah Tinggalkan Komen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...