Korang Boleh PING Entry Blog Korang Kat Sini

Sunday, January 29, 2012

Skuad Basikal Negara Dirempuh Ketika Latihan... (",)

Salam...

Hasrat skuad berbasikal negara menguji kemampuan pelumbanya terbantut selepas terbabit dalam satu kemalangan melibatkan kereta di Presint 2, Putrajaya ketika sesi latihan pagi tadi. Pelumba basikal lebuh raya wanita negara Mariana Mohamed cedera parah di tangan dan kaki kanan.

Tiga pelumba lain dilaporkan cedera ringan dalam kejadian kira-kira 10.15 pagi itu di satu kawasan berhampiran simpang empat apabila kumpulan pelumba basikal itu gagal mengelak sebuah kereta yang memasuki laluan dikhaskan untuk sesi latihan itu.

Akibat kemalangan, Mariana menerima rawatan segera di unit rawatan kecemasan Hospital Putrajaya sebelum dipindahkan ke Hospital Pakar Damansara pada sebelah petang bagi menjalani pembedahan. Tiga pelumba lain yang cedera ringan itu dirawat sebagai pesakit luar.

Dijemput TWEET @ SHARE @ LIKE @ COPY Jika Bermanfaat

1 Pembaca Dah Tinggalkan Komen:

  1. tahniah atas bakat yg dianugerahkan allah. namun setelah apa yg berlaku, fikirlah sejenak apa yg allah ingin sampaikan. hikmah disebaliknya. tak salah rasanya jika memakai seluar dan baju panjang untuk berbasikal. renung renungkanlah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...