KOTA BHARU – Seramai 15 peniaga dan pekerja wanita beragama Islam di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini dikenakan kompaun RM500 oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) pada operasi tutup aurat di sini malam kelmarin.
Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI, Wan Sharafi Wan Mustafa berkata, mereka dikenakan tindakan tersebut kerana berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna. Menurutnya, tindakan tersebut diambil mengikut Undang-undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 (pindaan 2002).
Jelas beliau, penguatkuasaan larangan mendedah aurat itu dikenakan kepada golongan peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan mereka di bandar ini tanpa mengira waktu.
“Operasi itu diadakan selepas mendapati ramai peniaga dan pekerja wanita beragama Islam tidak menutup aurat walaupun pekeliling bertajuk Arahan Mematuhi Etika Berpakaian telah dikeluarkan sebelum ini,” katanya.
Mereka yang dikenakan tindakan itu didapati tidak memakai tudung kepala, memakai kemeja-T berlengan pendek dan ketat serta berseluar panjang ketat.
P/s: Tak tau nak komen apa. Ok camni lah, tutuplah aurat sebab suruhan Allah bukan sebab takut kena denda. Tapi bagus gak buat camni.
Dijemput TWEET @ SHARE @ LIKE @ COPY Jika Bermanfaat

Hmmm...jika Datin Sri Rosmah datang ke Kelantan, dia kena saman juga ke??
ReplyDeleteTajuk entri terbaru di blog JR: "Shahz Jaszle: Dah Tua-Tua Baru Nak Tukar Nama??"
tak kira lahhh takut denda atau tak...yang penting lama-lama ikhlaslah jugak diorang tutup aurat kerana Allah..
ReplyDeleteSELAMAT PETANG. ENTRI YG MENARIK.
ReplyDeletePETANG NI BLOG AKU CITER PASAL :
PEREMPUAN, ISTERI DAN DOT DOT DOT
http://awieomar.blogspot.com/2011/04/10-personaliti-gadis-bakal-menjadi.html
HARAP SUDI LA TENGOK
Jangan pulak dapat duit BR1M nanti habis untuk bayar denda je. Undang2 yang bagus.
ReplyDeleteat least kelantan ada usaha untuk buatkan rakyat dia menutup aurat dalam mengikut syariat agama,,,
ReplyDeleteat least Kelantan ada usaha ok.negeri lain hado? wat dono je
ReplyDeletehuhuhu.kan bagus kalo semua negeri wat camnih.
ReplyDeletebaru nagara islam nama nya kalu cmni...hehe
ReplyDeletebtw psss...
jom kita pakat2 menyimpan pulak!!!
hehehe
http://budakcimb.blogspot.com/2012/01/kenapa-asb-loan.html
patut di buat di semua negeri ni
ReplyDelete