Potret Mona Lisa yang dilukis oleh Leonardo da Vinci pada tahun 1504 menimbulkan satu lagi misteri apabila sekumpulan pakar sejarah dan penyiasat seni di Itali menemui nombor-nombor serta huruf kecil pada bahagian matanya.
Nombor dan huruf kecil yang tersembunyi dalam cat hitam itu hanya disedari baru-baru ini menerusi penggunaan teknik pembesaran canggih mikroskop. Mata Mona Lisa dikatakan mengandungi huruf L dan V, yang merupakan nama pendek Leonardo manakala simbol pada mata kirinya kurang jelas.
Presiden Jawatankuasa Kebangsaan Itali mengenai Warisan Budaya, Silvano Vinceti yang menjumpai simbol tersebut menyatakan ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Namun, ia boleh dilihat dengan jelas apabila menggunakan kanta.
"Ia (simbol di mata kiri) mungkin kelihatan seperti huruf CE atau huruf B. Pada latarnya, tertulis nombor 72 yang mungkin juga bermaksud huruf L dan nombor 2. Harus ingat bahawa potret ini sudah berusia hampir 500 tahun. Berdasarkan kepada siasatan awal, kami yakin ia bukan satu kesilapan dan memang ditulis oleh artisnya," kata Vinceti.
P/s: Terkenal sungguh lukisan ni, sampai sekarang diorang dok kaji...
Dijemput TWEET @ SHARE @ LIKE @ COPY jika bermanfaat


cukuplah kaji benda2 cmni..LOL
ReplyDeletehanya orang yang tahu nilai estetika seni itu yang mampu memahami betapa indah lukisan itu..jika itu hanya sekadar lukisan harganya tidak akan menjadi jutaan dollar...dan jika ianya hanya lukisan tiada orang yang akan mengkajinya untuk begitu lama..jangan membutakan mata anda yang celik itu..
DeletePenemuan yg menarik..
ReplyDeleteTajuk entri terbaru di blog JR: "Azam Tahun Baru?? Mengapa Perlu Mengarut Dengan Azam-Azam??"
waah..memang misteri lukisan ni...
ReplyDeletepost terbaru saya-9 fakta menarik tentang Nuffnang 2011-
http://rotibutter.blogspot.com/2011/12/9-fakta-tentang-nuffnang-tahun-2011.html
menarik . tapi ada ke ? cam x de jerr .
ReplyDeletewatermark tersembunyi..
ReplyDeleteah.. tu lukisan je.. sampai manalah diorang nih nak jadi gile kaji lukisan tu..
ReplyDeleteSeni hanya dapat dinilai melalui penghayatan...jangan lah jadi orang yang melihat tapi buta..hargailah setiap karya yang telah dihasilkan...seandainya anda boleh menghasilkan karya yang lebih menarik dari potret mona lisa...sila hasilkannya agar boleh menjadi harta warisan dunia untuk ribuan tahun berbanding dengan potret monalisa yang berusia 500 tahun...agar nma anda disebut seperti leonardo da vinci...jangan hanya pandai mengkritik sekiranya anda tidak mampu menghasilkan karya yang lebih baik dari itu...
ReplyDeletesaya sokong pendapat anda
Delete