Jom Baca Apa Promosi Menarik Hari Nie

Jom Daftar & Jana Pendapatan Lumayan $$$ Bersama Churp2

Jom Ramai2 LIKE Tanda Sokongan

Saturday, February 25, 2012

18 Nama Tempat Terpanjang Di Dunia... (",)

Salam...

Tak mau cakap banyak, jom kita baca info menarik tentang nama2 tempat terpanjang di dunia.

1 - Krung Thep Mahanakhon Amon Rattanakosin Mahinthara Yuthaya Mahadilok Phop Noppharat Ratchathani Burirom Udomratchaniwet Mahasathan Amon Piman Awatan Sathit Sakkathattiya Witsanukam Prasit (167 huruf)

Maksud nya "Kota para malaikat, kota yang besar, kota permata yang abadi, kota yang tidak dapat dikalahkan milik Dewa Indra, ibukota dunia yang terbesar, dikurniakan dengan 9 permata yang berharga, kota yang bahagia, penuh dengan Istana Kerajaan yang sangat besar yang menyerupai tempat tinggal syurgawi dimana para dewa yang berinkarnasi berkuasa, kota yang diberikan oleh Indra dan dibangun oleh Vishnu karma."

Nama kota yang panjang ini adalah nama lain bagi Kota Bangkok (Krungthep) dalam bahasa Thai. Nama tersebut diberikan oleh Raja Buddha Yodfa Chulaloke dan disunting oleh Raja Mongkut.




2 - Taumatawhakatangihangakoauauotamateaturipukakapikimaungahoronukupokaiwhenuakitanatahu (85 huruf)

Nama ringkasan = Taumatawhakatangihangakoauauotamateapokaiwhenuakitanatahu (57 huruf)

Lokasinya di bukit di North Island, New Zealand. Penduduk di situ berbahasa Maori. Disenaraikan dalam Rekod Dunia Guinness sebagai nama tempat terpanjang secara rasmi di dunia.




3 - Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch (58 huruf)

Nama ringkasan = Llanfairpwllgwyngyll (20 huruf)

Maksudnya "Gereja Saint Mary dalam relung hazel putih dekat pusaran air berpusar gereja Saint Tysilio dengan gua merah"

Terletak di sebuah kampung di pulau Anglesey, Wales, United Kingdom. Penduduknya berbahasa Welsh.




4 - Chargoggagoggmanchauggagoggchaubunagungamaugg (45 huruf)

Nama ringkasan = Chaubunagungamaug Lake (17 huruf)

Juga dikenali sebagai Webster Lake. Terletak di tasik dalam bandar Webster, Massachusetts, Amerika Syarikat. Penduduknya berbahasa Nipmuc (Algonquian).




5 - Tweebuffelsmeteenskootmorsdoodgeskietfontein (44 huruf)

Adalah nama sebuah ladang yang terletak di Afrika Selatan.

Maksudnya "musim bunga (secara literal Fountain) di mana dua kerbau bersih dibunuh dengan satu pukulan" 




6 - Äteritsiputeritsipuolilautatsijänkä (35 huruf)

Terletak di Lapland, Finland.




7 - Pekwachnamaykoskwaskwaypinwanik (31 huruf)

Terletak di tasik di Manitoba dan ethnic, Kanada. Penduduknya berbahasa Inuktikut. 




8 - Venkatanarasimharajuvaripeta (28 huruf)

Terletak di sebuah kampung di Andhra Pradesh, India. Penduduknya berbahasa Telugu. 




9 - Mamungkukumpurangkuntjunya (26 huruf)

Maksudnya "Di mana syaitan kencing."  Terletak di bukit di South Australia, Australia. Penduduknya berbahasa Pitjantjatjara.




10 - Bullaunancheathrairaluinn (25 huruf)

Terletak di bullaun di County Galway, Ireland. Penduduknya berbahasa Anglicisation Ireland Ballán Cheathrair Álainn.




11 - Gasselterboerveenschemond (25 huruf)

Terletak di dusun di Drenthe, Belanda. Penduduknya berbahasa Belanda. 




12 - Kuchistiniwamiskahikan (22 huruf)

Terletak di sebuah pulau di Quebec, Kanada.



13 - Parangaricutirimicuaro (22 huruf)

Terletak di bandar di Michoacán, Mexico. Penduduknya berbahasa P'urhepecha.



14 - Drehideenglashanatooha (22 huruf)

Terletak di sebuah jambatan di County Tipperary, Ireland. Penduduknya berbahasa Anglicisation Ireland Droichidín Glaise na Tuaithe.




15 - Siemieniakowszczyzna (20 huruf)

Terletak di sebuah kampung di Hajnówka County, Poland. Penduduknya berbahasa Poland. 




16 - Newtownmountkennedy (19 huruf)

Terletak di sebuah kampung di County Wicklow, Ireland. Penduduknya berbahasa Inggeris.




17 - Thiruvananthapuram (18 huruf)

Terletak di bandar di Kerala, India. Penduduknya berbahasa Malayalam. 





18 - Trongisvágsfjørður (18 huruf)

Terletak di fjord Suðuroy di Kepulauan Faroe. Penduduknya berbahasa Faro. 


P/s: Kat Malaysia pon ada tempat yang namanya panjang tak?
Read More

Dijemput TWEET @ SHARE @ LIKE @ COPY Jika Bermanfaat

Indra Azwan Dari Jawa Timur Nekad Berjalan Kaki Ke Mekah... (",)

Salam...


Seorang warga Malang, Jawa Timur nekad untuk berjalan kaki ke Mekah selepas insiden langgar lari ke atas anaknya tidak mendapat keadilan di negara ini.

Indra Azwan, 53, berkata, dia telah melakukan pelbagai usaha untuk menegakkan keadilan atas kematian anaknya itu sehingga menemui Presiden Susilo Bambang Yudhoyono pada 2010, tetapi semuanya menemui jalan buntu.

"Aksi jalan kaki ke Mekah saya lakukan hanya untuk mendapatkan keadilan. Di Indonesia keadilan sudah tidak ada lagi, yang ada hanya penipuan.

"Tanah suci Mekah menjadi pilihan terakhir saya untuk mendapatkan keadilan. Saya akan memohon petunjuk dan keadilan daripada Allah.

"Saya akan bermunajat dan berdoa kepada Allah dan meluahkan semua ketidakadilan di Indonesia kepada-Nya," kata Indra sambil berjalan kaki dan membawa bendera merah putih kepada Kompas.com.

Anaknya, Rifki Andika, 12, telah dilanggar lari oleh seorang anggota tentera, Lettu Joko Sumantri pada 8 Februari 1998.

Aduan yang dibuatnya kepada polis tentera dan ketua polis Jawa Timur tidak mendapat pembelaan, malah suspek dibebaskan daripada tahanan selepas dua minggu insiden langgar lari itu berlaku.

Pada September 2006 pula, Mahkamah Tentera III-12 Surabaya menyatakan kes itu tidak boleh dibicarakan kerana suspek telah menjadi perwira menengah.

Indra masih tidak berputus asa sehinggalah Majlis Hakim Mahkamah Tentera pada Februari 2008 menyatakan kes itu tidak lagi boleh diterima kerana telah luput. - AGENSI

P/s: Semoga anaknya mendapat pengadilan yang sewajarnya...

Read More

Dijemput TWEET @ SHARE @ LIKE @ COPY Jika Bermanfaat

Friday, February 24, 2012

Nelayan Tangkap Udang Karang Gergasi | Rocky... (",)

Salam...

Seekor udang karang gergasi telah ditangkap di luar perairan pantai Maine dekat Rockland Amerika Syarikat oleh nelayan Robert Malone pada Jumaat lalu tetapi ia tidak akan dimasak untuk dijadikan makanan. Dia kemudian memberikan udang itu kepada Jabatan Sumber Marin untuk dihantar ke Akuarium Negeri Maine.

Pengarah Akuarium Negeri Maine, Aimee Hayden-Rodriques menyatakan udang karang itu sepanjang hampir 101.6 sentimeter dan seberat 12.3 kilogram dan diberi nama Rocky kerana ia ditangkap di kawasan berbatu.

Namun, menurut Hayden-Rodriques, udang karang tersebut perlu diberi nama petinju Rocky kerana penyepitnya yang besar mencukupi untuk memberikan pukulan. Dia berkata, udang karang itu akan dilepaskan ke lautan kerana ia akan menjalani kehidupan yang lebih baik dalam habitat liar. - petikan Agensi

Read More

Dijemput TWEET @ SHARE @ LIKE @ COPY Jika Bermanfaat

Wednesday, February 22, 2012

Klinik Gigi Tema Hello Kitty Di Tokyo Jepun... (",)

Salam...

Klinik Gigi yang diberi nama “Hearts Dental Clinic” mungkin adalah klinik gigi yang paling sweet sekali kat dunia nie. Klinik gigi ni terletak di Tokyo Jepun dan bertemakan kartun Hello Kitty. Masuk klinik ni mesti tak rasa takut, terutamanya kepada kanak-kanak he3...

P/s: Ada sapa2 kat sini takut pi klinik gigi?








Read More

Dijemput TWEET @ SHARE @ LIKE @ COPY Jika Bermanfaat

Kereta Porsche 911 Tersangkut Dalam Simen... (",)

Salam...

Seorang pemandu Porsche 911 di San Francisco mungkin perlu belajar untuk bersabar selepas ni apabila cuba untuk memotong barisan akibat kesesakan teruk kerana kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan.

Akibatnya keretanya terbenam ke dalam bancuhan simen dan pekerja binaan cuba untuk menyodok simen basah dari keretanya sebelum ia menjadi keras.

Kereta itu akhirnya dapat dikeluarkan tetapi ia sudah terlambat. Kerosakan mungkin akan memerlukan untuk menggantikan bahagian bawah kereta yang dianggarkan mencecah harga $ 70.000 - $ 140.000.

P/s: Pandu cermat, jiwa selamat...



Read More

Dijemput TWEET @ SHARE @ LIKE @ COPY Jika Bermanfaat

Tuesday, February 21, 2012

Menyamar Penguatkuasa Agama Untuk Bogelkan Pasangan Kekasih... (",)

Salam...

Seorang remaja menyamar sebagai penguat kuasa agama memukul dan mengarahkan sepasang kekasih berbogel untuk dirakamkan aksi mereka ketika mangsa memadu asmara di Pantai Sura Hujung. Remaja tersebut dapat ditahan manakala dua lagi rakan suspek masih diburu.

Suspek berumur 18 hingga 20-an itu turut mengugut pasangan kekasih itu supaya membayar sebanyak RM2,000 sekiranya tidak mahu gambar bogel mereka disebarkan dalam kejadian awal pagi Sabtu lalu kira-kira pukul 3 pagi.

Pasangan kekasih berumur 20-an yang berada di dalam kereta didatangi tiga lelaki berkenaan. Pasangan terbabit yang cemas kemudiannya membiarkan ketiga-tiga lelaki terbabit memasuki keretanya dan suspek dikatakan turut memukul serta memaksa pasangan itu menanggalkan pakaian.

Kedua-dua mangsa juga turut mengikut arahan suspek yang merakam gambar bogel mereka dengan telefon bimbitnya. Selepas merakamkan aksi bogel terbabit, suspek kemudiannya meminta wang tunai sebanyak RM2,000 dimasukkan ke dalam akaunnya bagi mengelak gambar mereka disebar kepada umum.

Mangsa bagaimanapun mendakwa tidak mempunyai wang memandangkan waktu itu bank telah tutup dan selepas berbincang, suspek bersetuju dengan cadangan mangsa yang meminta diberi sedikit masa untuk menjelaskan wang itu pada keesokan harinya.

Suspek kemudiannya melepaskan pasangan terbabit sebelum kedua-dua mangsa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun untuk membuat laporan.

Keesokan harinya mangsa menghubungi suspek untuk bertemu di lokasi di mana mereka ditahan dan ketika tiba di tempat kejadian, kira-kira pukul 9 malam, suspek diserbu polis dan berlaku pergelutan dalam usaha suspek meloloskan diri.

Suspek yang berusia 18 tahun itu berjaya ditahan sebelum dibawa ke IPD Dungun untuk siasatan lanjut manakala dua rakannya itu berjaya melarikan diri. Turut dirampas sebilah parang panjang daripada suspek dan gerakan memburu dua lagi suspek sedang giat dijalankan. - petikan Bernama

P/s: Pukul 3 pagi dok tepi pantai salah, rakam gambar bogel orang pon salah...

Gambar hiasan...
Read More

Dijemput TWEET @ SHARE @ LIKE @ COPY Jika Bermanfaat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...